Wednesday, October 28, 2009

Saya dah pandai baca buku

Alhamdulillah Dania anak aku no 2 dah boleh baca buku in English & Malay, siap gaya lagi. Masa mula2 masuk Qdees awal tahun tu kitorang rasa risau sangat ye la cakap dia masih kita tak faham lagi, boleh ke teacher dia ajar dia macam2 la. Habis 1st term macam tak de perubahan pada cakap dia still sama rasa sedih pun ada, Aku n hubby discuss lagi samaada nak teruskan ke @ cari tempat lain yang khas utk budak2 yg tak pandai cakap lagi, tapi rasa kesian sebab dia terlalu teruja untuk sekolah kat qdees ni, kitorang decide biar dia stay lagi dekat situ. Dan alhamdulillah masa 2nd term dia dah dapat sesuaikan diri dan nampak perubahan sedikit demi sedikit maybe pergaulan hari2 dengan rakan2 dia yang boleh dia bercakap dengan lancar walaupun ada pelat sikit2 .

Dekat Qdees ni kan ada program membaca so student kena baca 24 buku. Masa 1st term tu book 1 tu punya la lama nak habis bila masuk 2nd term baru la cepat dia membaca dan kini 4th term dia dah baca book 15 dengan lancarnya, syukur, syukur, syukur. Aku tak kisah jika dia tak fluent in English asalkan dia faham, pandai menulis dan boleh membaca. Sekarang dia dah macam kakak dia berlumba-lumba untuk habiskn baca buku. Teringat si kakak dulu berlumba-lumba dengan sorang rakannya untuk habiskan baca buku sampai paksa2 teacher dia untuk habiskan buku 24 tu, akhirnya dia berjaya habiskan book 24 sebelum masanya.
Inila dia Dania Humaira yangbangga dengan book 15 , "adik da dapat book 15 mama" aku pun cakap "bagus adik pandainya" terus semangat nak habiskan buku tu, yang kakak pulak jeles camner tu, padahal dia da selalu dapat pujian,anak-anak kan.


ni lebih kurang macam buku peter n jane, if you all nak ajar diorang membaca beli la buku peter n jane, satu hari 1 word, 3 word lama2 dgn sendirinya insyaallah budak2 ni boleh baca dengan lancar. Lagi satu kitorang selalu belikan buku @ majalah tak kisah in malay @ english asalkan diorang suka membaca. Sekarang pun Qdees dah ada program baca buku dlm bahasa melayu konsep pun sama. FYI aku hantar anak2 aku d Qdees sek 3 BBB, cuba la hantar dari principal hingga la teacher2 dia memang tip top.

nota: teringat arwah acik dia selalu tanya kakak dah buku berapa, pandai la kakak ni, setahun arwah jaga kakak...


5 comments:

PuTeRi BoNgSu said...

clap..clap..tuk dania..

awan dania kew..hehehe...

Ibuhani said...

CONGRAT DANISA. .....lepas ni dah boleh ajar dania syllabus drjh 1...

danishahumaira said...

tq auntie2 semua

atty's said...

clever girl ar dania ..teruskan usaha..ye ..

danishahumaira said...

tq kak atty