Thursday, October 22, 2009

Saadom, Moon & Miasara

Dah tengok Pappadom rata2 blog yang aku baca semua bagi 4 to 5 star. So aku pegi la bersama anak2 dara aku. My hubby masih tak terbukak lagi hati nak tengok citer melayu ermm entah la. Korang nak tau ini la filem melayu pertama aku tengok kat wayang selepas 16 tahun last tak silap sembilu rasanya lepas tu semua citer org putih. Hari Jumaat kitorg g alamanda untuk booking. Settle. Esoknya aku bangun awal terus siap2 untuk masak breakfast and lunch terus maklum la ada 2 org yang kena tinggal. Lega rasanya bila da siap semua baru la senang hati keluar rumah kan.

Hari Sabtu tu ramai family yang bawak anak masing2 tak ketinggalan jugak budak2 tanpa ditemani mak bapak diorang dalam umur 10-12 thn, kalau aku la he he he tak de maknanya la nak lepaskan anak2 aku pergi tengok sendiri.

Ok balik pada citer pappadom ni memang best giler, seorang bapa yang hampir lupa kewujudan anak sendiri yg sedih nya setiap kali birthday anak dia lupa aduh, nasib baik laki aku tak camtu. Tapi segalanya berubah bila si isteri meninggal dunia, bermula la kisah bapa tunggal membesarkan anak perempuan dia. Yang belum pergi tengok la cerita ni memang tip top la. You all bayangkan anak aku yang umur 5 tahun tu menangis tersedu-sedu, yang sorang tu kesat2 mata dia ingat aku tak nampak la he he he pandai cover tau minah sorang ni, aku airmata dah laju macam air terjun dah. Conclusion cerita ni dalam menangis kita ketawa dan dalam ketawa kita menangis. Ada sesapa nak ajak aku tengok cerita ni lagi he he he. Tanpa gambar rasanya tak lengkap blog aku ni kan ha ha ha


sempat lagi diorang berposing ni malam sabtu tu, cerita tupai ni keluar 24/12

muka2 gembira dapat tengok wayang

No comments: