Thursday, September 17, 2009

Yeeeeeeeeehaaaaa Shopping

Hari Selasa lepas kitorang amik cuti untuk mencari baju kurung dan baju melayu untuk anak2 beserta dengan kasut. Itu je yang tak beli lagi. Tempat pertama gi Mid Valley untuk cari kasut. kasut kakak tak de masalah pergi je MJ da dapat cari, kasut adik satu MJ aku cari tak dapat, budak da besar da tau taste sendiri, semua yg ditunjuk tak berkenan. Tengah cari kasut si adik sikakak merengek-rengek nak berbuka you all nak tau kenapa sebab dia tak dapat jam barbie geram betul la, bukan tak nak beli da banyak kali beli tapi selalu hilang. Tapi bila kenangkan dia dua beradik puasa belikan la jugak.

Muka adik masih masam lagi sebab kasut tak jumpa lagi, pergi la keluar MJ pergi party princess pun dia tak berkenan, pergi tree house aku yang tak berkenan, cari kat jusco aku tak berkenan last2 decide nak pergi parkson KLCC. Masa on the way nak keluar tu terpandang signboard ke Garden ermm terus je la g Isetan dah alang2 kan, alhamdulillah masuk kat department budak2 banyak kasut dan mata kitorang dua beranak jadi rambang nampak ni cantik nampak tu cantik kan, so suruh je la dia pilih yang mana satu pilihan dihati, bila dia pilih aku pun kenan sama terus sambar, fuhh lega settle semuanya tinggal baju kurung n baju melayu itu kitorg cari kat alamanda. Sebelum balik singgah Mark n Spencer beli coklat n biskut untuk mengunyah selepas berbuka he he he.

Pukul 3 keluar dari Mid Valley terus zup balik rumah dah keletihan la, petang ada misi seterusnya. Pukul 6 keluar rumah terus g alamanda, mula2 nak berbuka kat kenny rogers hrmm fully booked, terus g nando's nasib ada kosong. lepas berbuka terus g cari baju kurung n baju melayu untuk diorang. Puas menaip ermm jom tengok gambar pulak

sebelum nak shopping amik gambar dulu kat ruang legar tu

biskut & coklat from mark & spencer, sedappppppppppp dan harga pun ok yg chocolate tu rm 10 yg biskut tak silap rm 12

inila hasil shopping yang lepas.

muka2 gembira dapat jam

nota: Alhamdulillah rezeki anak2