Wednesday, June 24, 2009

Menu malam tadi

Petang semalam kemas2 meja ternampak resipi yang aku print entah berapa lama entah tak ingat, nak tau resepi apa resipi kerang berapi, terus call my hubby cakap nak singgah pasar nak cari kerang, nafsuku dah membuak-buak nak makan kerang berapi ni. Pergi pasar malam kat seri putra jumpa la kerang besar2 wah ini cukup bagus, terus beli 2 kilo. Balik rumah terus basuh kerang ni petang tu sempat tanya cik aqeen macamana nak buangkan pasir dari kulit kerang tu, dia pun ajar la dia basuh dengan berus dawai, agak2 putih tu kira dah bersih la tu. Saya pun ikut la apa yang diberitahu tu, berus dawai tak de berus sabut adalah tapi memang penat la nak berus satu2, disebabkan bersemangat nak makan kerang berapi ni teruskan jua.

step 1- bersihkan kerang(sbb nak masak dengan kulit2 sekali)

step 2- sediakan bawang merah, bwg putih dan halia, kalau tambah serai dan daun kunyit pun boleh lagi wangi, cili api dan cili merah

step 3 - blender bawang merah, bwg putih, halia, cili api dan cili merah, pastu tumis

step 4 - agak2 garing masuk la sos tiram sedikit, garam dan serbuk perasa

step 5 - masukkan la kerang biarkan dia sampai terbuka kulit, itu tanda dah masak la

senangkan, jom tengok gambar pulak

kerang yang telah dibersihkan

bahan2 yang diblender
setelah dimasak, kualiti gambar tak begitu baik guna hp biasa la, namapak memang tak menarik tapi rasanya terangkat wei hu hu hu my hubby ratah itu je malam tadi, pagi tadi request sruh masak lagi malam ni
kobis goreng with carrot n suhun
ikan goreng wajib ada, danish makan bertambah-tambah
kitchen helper

nota: suggest masak la waktu weekend, sebab proses pembersihan memakan masa yang lama, kalau puasa berbuka air dulu la he he he.

7 comments:

Ibuhani said...

makan lg....terliur je baca entry kau ni...he..he..

danishahumaira said...

he he he, pulak tu puasakan ha ha ha

PuTeRi BoNgSu said...

adehhhh trasa lapo tgk lauk ko ni. lmbt tul 7.30mlm..hahaha

yaqeenahmad said...

letak daun limau, pasti mengancam! adeh... sabar2.. tgh pantang seafood ni....

ummumishkah said...

wahh.. sedapnya! terliur dah ni!

mama Tiara said...

sedapnya tgk kerang tu. lama dah tak makan. sebab tak tau mcm mana nak masaknya tu..he he.mesti family kat umah akak gembira kan.mamanya pandai masak.sedap plak tu..

danishahumaira said...

to pu3 - bwk2 bersabar ek

to yaqeen - terangkat tu

to ummimishkah- sila la cuba

to mama Tiara- cuba la, he he he, ala masak main2 je