Tuesday, September 29, 2009

2 hari sebelum raya

Fuh punya la lambat aku updated untuk cerita hari raya ni, hari yang ke 10 baru nak update tapi for sure la semua dalam mood raya lagi kan kan kan. Sekarang misi nak serbu open house pulak maklum la minggu lepas 1.3 juta telah balik ke kampung masing2 berhari raya sunyi sepi kawasan perumahan.

Ok kita cerita kisah sebelum raya dulu, biasa la hari Jumaat da tak de mood nak kerja so amik cuti untuk kemas rumah entah macamana terperasan alas meja makan tak pernah tukar so deciede untuk tukar, keluar la g nilai 3 lepas tu cari la lapik yang plastik tu takut kang kuah2 tumpah atas alas meja susah pulak nak hilangkan. Nak tau satu nilai 3 pusing tak de alas plastik tu last2 dekat mana tau jumpa dekat pekan nilai lama tu, kedai cina yang lama2 tu melambak ada kat sana. Bila sampai sana terus sambar tupperware sebab kat rumah bekas2 plastik da habis so kena beli jugak senang nak isi lauk pauk utk bawa ke Klang, sorry ek gambar tak de. oooh lupa lak sebelum cari alas meja pegi pasar kajang dulu cari ikan tenggiri dan udang basah dan sewaktu dengannya untuk buat laksa johor. Fuh ramainya umat ingatkan lengang, biasa la nak rayakan. Nak tau isi ikan tenggiri RM 30 sekilo terkejut beruk di buatnya. Baik beli seekor baru rm 20 sekilo.

Balik dari cari alas meja terus rebus ikan dan buat kerisik. Aku ni jenis tak suka beli siap kerisik sebab pernah terkena rasa tengik kerisik tu. Sebab tu lebih suka buat sendiri.

kerisik

ikan tenggiri yang sedang direbus

ok next cerita 1 hari sebelum raya


2 comments:

PuTeRi BoNgSu said...

leh ar buatkan laksa johor tuk aku..
pssss:bila nk buat open house???hehehe

danishahumaira said...

hu hu hu nak dtg call je tapi kena 1 day before tau kalo tak kuih raya dgn air oren je ha ha ha ha