Tuesday, October 11, 2011

Jamuan Raya kat ofis

Salam untuk semua pembaca, kembali lagi dengan cerita yang tertangguh al maklum la 2 minggu berturut2 dilanda demam yang datang tak bagi salam huhuhu. 3 minggu lepas sebelum Syawal melabuhkan tirai kitorang satu department berpakat nak buat jamuan raya dan setiap sorg bawak pot luck. Bila da setiap sorang bawak satu menu jadi penuh la meja kat bilik meeting tu, ada laksa johor, mee kari, makaroni bakar, kuih muih, cocktail soda, roti jala, nasi lemak, biskut raya, kek, bubur n macam2 lagi la, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun aku hanya sempat separuh hari sebab cik ceri beri datang tanpa disangka-sangka. Jom la jenguk2 gambar yang sempat di snap.

ini rupa di awal pagi ada yang tak sampai lagi laksa johor tu teman yang bawak huhuhu, nasib baik si ceri beri datang selepas siap semuanya kalo tak tak tau la apa rupa laksa johor tu

bertungkus lumus menyediakan makanan2, macam rewang betul la

ok posing dulu huhuhu

harus semua menggedik bila sekali sekala buat macam ni ha bergegar la ofis dengan suara2 merdu kami



No comments: