Monday, October 3, 2011

Entry permulaan October adalah makan

Salam untuk semua pembaca, macamana weekend lepas mesti sibuk dengan menghadiri kenduri kahwin, kenduri org nak naik haji dan masih ada lagi org buat open house. Entry ni nak aku citer kisah 2 minggu lepas hehehe biasa la blog aku ni selalu citer past tense x de maknanya live @ future tense kihkihkih.

Ok kita mulakan citer bila dapat gaji pegi makan kat luar. Itu adalah wajib ye, bukan selalu pun nak makan kat luar ni betul tak. Tanya hubby nak makan kat mana, dia nak makan kat bagan lalang, jadi kita ke bagan lalang la ye.

kitorg punya style kalo da tau kedai tu je sedap maka ke situ la, walaupun banyak kedai kat area bagan lalang tu, takut tak menepati citarasa tekak, so baik la kita ke kedai yg sama. Kalo ke bagan lalang kitorg akan ke kedai pertama sebelah kiri, walaupun dah byk kali pergi aku lupa nama kedai tu. So far harga masih ok lagi tak la mahal sangat, makanannya dah tentu la fresh2 kan.

kerang rebus favourite kakak, rasanya manis sedap, cicah lak dgn kuah kicap perghh


tomyam campur biasa2 je specialty diorg ni bakar2 kan so masakan thai dorg agak kurang sikit tapi masih mencapai tahap piawaian tekak ni.

favourite kitorg udang dan sotong goreng tepung mmm sedapppppppppp

ikan pari bakar dan siakap bakar yang buat aku teringat-ingat sampai sekarang, tak pernah fail la you all.

nasi lemak yang sangat meletup,

so macamana teruja tak apalagi set time n go, tapi jangan la pergi weekend org mcm semut ko, kalo nak pegi jugak pegi la awal2.


2 comments:

NormaLiza Mah said...

hai... ya allah.. kerang!!!!
sedap...
saja singgah... tgk entry n usha iklan. smbil tmbah dana blog....

danishahumaira said...

hi norma thanks ye