Tuesday, June 30, 2009

Al Fatihah untuk Adik Qaid

Ingat tak lagi anda pada entry ini. Saya ingin maklumkan berita sedih, anak kepada rakan saya yang menjalankan pembedahan di IJN pada 15 June yang lepas, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.15 pagi, 27 June 2009. Sms yang saya terima pada pagi sabtu itu amat mengejutkan saya, terduduk seketika sebelum membalas sms tersebut. Saya teringat sms dia selepas bersalin, dia beritahu muka arwah anaknya sebiji tak tumpah macam muka dia. Dia begitu berharap anak lelaki, tetapi Allah menentukan segalanya. Saya membalas sms memberi kata-kata semangat kepada dia dan suami, dan pada pukul 4 pm dia membalas arwah Qaid telah selamat dikebumikan pada pukul 10 pagi pada hari tersebut cuma dia rasa sedih bila susu bengkak itu yang membuatkan dia sedih sangat.

Saya dapat merasai kesedihan mereka kerana saya pernah alaminya 3 tahun yang lepas. Memang perit dan pelbagai emosi datang bila hilang orang tersayang lebih-lebih lagi dalam berpantang kalau tidak cukup iman memang dah lama saya gila, bangun tidur menangis, duduk sorang2 menangis, terbayang-bayang waktu bersalin. memang rasa janggal bila berpantang tanpa baby, apalagi yang pergi itu anak lelaki pertama. Alhamdulillah Suami sentiasa berada disisi memujuk dan memberi kata-kata semangat, tanpa dia tak tahu la saya jadi apa masa tu.

Takziah kepada Rozimah dan suaminya sekeluarga, semoga anda semua tabah dan redha. Marila kita semua hadiahkan Al-Fatihah untuk Adik Qaid Ahmadinejad, semoga roh allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

5 comments:

PuTeRi BoNgSu said...

semoga puan rozimah & suami tabah menerima dugaan dr allah

afiq said...

keisanyer...sedih**
alfatihah!

Ummu Mishkah said...

al-fatihah...

Ibuhani said...

Takziah pd ibubapa Qaid n smoga tabah...

n.O.L.i.e said...

al-fatihah...