Sunday, June 21, 2009

Untukmu yang bergelar "Abah" n "Papa"


21 Jun merupakan hari bapa khas untuk mereka bergelar abah, papa, abi, bapak, daddy dan bermacam-macam gelaran. Kepada mereka yang telah tiada insan bergelar bapa ini hadiah kan la mereka al-Fatilhah semoga arwah bapa kita ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh, yang masih ada peluang untuk berjumpa, dan berbual lagi dengan bapa masing-masing jenguk la mereka.

Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk berjumpa Abah lagi. Abah masih sihat lagi disaat umurnya kini 64 tahun. Saya doakan Abah sihat dan semoga dapat meneruskan ibadat. Emak selalu cakap Abah selalu belikan baju2 berjenama untuk kami adik beradik semasa kecil. Favourite shopping Abah ialah Singapore, sampai sekarang kalau dia belikan cucu punya baju pun mesti yang berjenama, tak tahu la kenapa, anak yang mengikut cara dia ialah saya he he he. Satu lagi Abah ni suka memasak, dia la tuan guru saya, saya ingat lagi abah selalu cakap kalau nak masak apa saja lauk 4 biji bwg merah, 2 ulas bawang putih, sampai sekarang you I follow dia punya cara tu. Lauk kegemaran yang dia suka kalau saya masak ialah masak kurma kubis campur telur rebus, fuhhhhhh kalau saya masak ni memang dia puji la, tapi sejak kahwin dah lama saya tak masak lauk kurma ni sebab my hubby suka saya masak asam pedas.

Memandang Hubby saya outstation, saya hanya dapat wish melalui telephone je, tak puas sebenarnya, nanti la minggu depan birthday emak bole la celebrate sekali. Kepada Abah terima kasih kerana menjaga kami adik beradik sehingga kini. Insyaallah Abah tetap dalam ingatan Uji. Thank you Abah I love you.

Tak lupa juga nak ucapkan happy father's day to my hubby semoga menjadi papa yang baik kepada anak2 kita k, Diorang semua sayang papa,mmmmmmmmuuuuuuuaaaaaaaaaahhhhhhhh.

5 comments:

Tirana said...

Selamat hari bapa kepada kaum bapa..semoga terus menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.

danishahumaira said...

betul tu kak Tirana mereka ni ketua keluarga, mereka la yang membentuk baik buruk sesebuah keluarga. sedih jugak ada yang makan anak sendiri, apa la perasaan mereka kan, lebih2 lagi anak itu melahirkan zuriat daripada bapa sendiri. Nauzubillah....

PuTeRi BoNgSu said...

happy fathers day to all yg bergelar ayah...

Ummu Mishkah said...

Selamat Hari Bapa!

Ibuhani said...

Selamat Hari Bapa jugak..........